KEKURANGAN pelakon lelaki dalam industri
pornografi Jepun membuatkan syarikat pengeluar video pornografi mencari bakat
baru lelaki di Malaysia.
Syarikat dikenali sebagai Tokyo Dreams itu dilaporkan
akan datang ke Kuala Lumpur bagi menjalankan uji bakat untuk mencari bakat baru
lelaki.
Sebelum ini, syarikat berkenaan dilaporkan pernah
mengadakan ujibakat di Singapura dan berjaya menemui lima pelakon lelaki
daripada 25 calon yang hadir.
Pengurus Studio syarikat itu, Shime Tashiaki dalam satu
sesi temubual dengan Sunday
Register berkata,
pada masa ini pihaknya masih mencari lokasi yang sesuai untuk menjalankan
ujibakat itu.
“Kami
melihat beberapa pelakon hebat ketika uji bakat di Singapura dan menawarkan
sebanyak lima kontrak kepada calon yang berjaya.
“Kami
berharap untuk mencari pelakon berbakat di ujibakat kami di Malaysia yang akan
diadakan di Kuala Lumpur. Pada ketika ini kita masih dalam proses mencari
lokasi yang sesuai,” katanya
memetik laporan MalayMail
Online.
Menurut laporan Press
Union, uji bakat di Singapura sebenarnya dilakukan secara rahsia di
mana pengeluar tidak mengumumkan masa dan lokasi namun ia tetap dihadiri oleh
25 orang calon.
Ujibakat di Malaysia pula menurut laporan itu akan
mengikuti proses yang sama dan mungkin dirahsiakan kerana ia pasti akan
menerima bantahan sekeras-kerasnya.
Berita mengenai ujibakat untuk video porno di Malaysia
pernah dilaporkan beberapa tahun lalu namun tidak dapat dipastikan sama ada ia
benar-benar berlaku atau sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC