Tiga beradik mencipta sejarah keputusan cemerlang kelas pertama

Seremban: Tiga beradik mencipta sejarah apabila merekodkan keputusan cemerlang dengan meraih kepujian kelas pertama sekali gus melayakkan mereka menerima biasiswa, semalam.
Ketiga-tiga beradik terbabit, Muhammad Omar, 28, Abdullah, 26, dan Muaz, 24, masing-masing meraih mumtaz sepanjang menuntut di tiga institusi pengajian tinggi berasingan tahun lalu.
Tiga beradik mencipta sejarah keputusan cemerlang kelas pertama
Muhammad dan Abdullah adalah graduan sarjana muda Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar, Mesir manakala Muaz graduan sarjana muda Fiqh Wa Usuluhu di Universiti Mu’tah, Jordan.
Kejayaan itu sekali gus membolehkan tiga beradik yang sebelum ini menerima pinjaman pendidikan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ditukarkan kepada biasiswa.
Muhammad berkata, kejayaan ini secara langsung menjadi pemangkin untuk adik beradik lain supaya berusaha meraih keputusan seperti ini.
“Alhamdulillah berkat kesabaran serta tidak meninggalkan suruhan Allah, kami berjaya dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui selepas Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan, di sini, semalam.
Majlis penyampaian disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan dan Pendidikan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.
Previous
Next Post »
loading...