Kuala Lumpur: Pelakon Syatilla Melvin yang
juga isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam selamat melahirkan anak lelaki
di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, jam 11 pagi hari ini.
Sam, 34, yang memuat naik berita gembira itu di Instagram
kira-kira jam 11.30 pagi hari ini melahirkan rasa syukurnya.
"Alhamdulillah. Terima kasih atas dia yang baik-baik
daripada anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?," tulisnya di Instagram.
Sam turut memuat naik gambar dia di sisi Syatilla di
dalam bilik bersalin pusat perubatan berkenaan.
“30 minit yang lepas. Alhamdulillah syukur ya Allah!”
tulisnya.
Sementara itu, ibu Sam iaitu pelakon, Khaty Fauziah turut
meluahkan rasa syukur terhadap berita gembira itu.
Khaty yang memuat naik gambar dia bersama Syatilla di
Instagram turut mengucapkan tahniah kepada anaknya itu.
“Alhamdulillah, selesai sudah. Hari ini 9.05.2017
lahirnya seorang insan lelaki. Tahniah anakandaku," katanya.
Shaheizy dan
Syatilla bernikah pada 8 Februari tahun lalu di Bukit Jawi Golf Club, Nibong
Tebal, Pulau Pinang.