Kanak-kanak dirogol berulang kali oleh bapa

NEW DELHI – INDIA. Mahkamah India membenarkan kanak-kanak perempuan 10 tahun menggugurkan kandungan selepas dirogol berulang kali oleh bapa tirinya.
Kanak-kanak yang sering ditinggalkan di rumah oleh ibunya yang bekerja di tapak pembinaan berkata, dia dirogol bapa tirinya yang kini telah ditahan pihak polis.
Kanak-kanak dirogol berulang kali oleh bapa
Kes berkenaan menjadi tumpuan minggu lalu, di mana kanak-kanak itu telah melebihi tempoh kehamilan 20 minggu yang dibenarkan oleh undang-undang untuk menggugurkan kandungan kecuali hanya dibenarkan jika membawa bahaya kepada nyawa ibu atau bayi.
Beberapa bulan kebelakangan, mahkamah tinggi India menerima petisyen dari wanita termasuk mangsa rogol dan mangsa pemerdagangan manusia yang meminta kebenaran menggugurkan kandungan yang melebihi 20 minggu.
Aktivis berkata, sekatan perlu ditambah kepada 24 minggu bagi mangsa rogol yang membuat laporan lewat berkaitan kehamilan mereka.
Pada tahun 2015 Mahkamah Agung membenarkan mangsa rogol berusia 14 tahun untuk menggugurkan janin selepas had 20 minggu.
Memetik AFP, kanak-kanak berusia 10 tahun itu telah membuat kenyataan kepada polis dan telah diberi kaunseling dan rawatan perubatan.
Kesnya menjadi tumpuan selepas ibunya menghubungi talian bantuan wanita minggu lalu dan memfailkan aduan mengenai anaknya.
Minggu lepas, seorang wanita berusia 23 tahun diculik, dirogol dan dibunuh oleh bekas teman lelakinya.

India mempunyai rekod buruk kes rogol dengan New Delhi sahaja mencatatkan 2,199 kes rogol pada tahun 2015 iaitu purata enam sehari.
Previous
Next Post »
loading...