POLIS menerima dua laporan daripada wanita
Indonesia dan lelaki Bangladesh yang juga pekerja sebuah premis judi, semalam,
bagi membantu siasatan kes rogol dan samun di Bandar Kinrara, Serdang pada 11
Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat
Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kedua-dua mangsa tampil membuat laporan
di Balai Polis Bandar Kinrara pada 6 petang semalam.
"Wanita berusia 33 tahun bersama lelaki berusia 34
tahun itu dikatakan bersembunyi kerana takut selepas kehilangan dokumen
pengenalan diri dalam kejadian terbabit.
"Berdasarkan laporan, wanita itu memaklumkan dia
diugut oleh dua suspek menggunakan pisau sebelum disamun dan dirogol,"
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini,
hari ini.
Katanya, wanita berkenaan dibawa ke hospital untuk
pemeriksaan lanjut.
Rakaman
kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian rogol dan samun itu tular di
laman sosial sejak 12 Mei lalu.