Dulu penagih kini pelajar pintar

Jakarta: Seorang kanak-kanak lelaki yang pernah mengejutkan dunia selepas gambarnya menghisap rokok pada usia dua tahun kini berjaya mengubah hidupnya dan menjadi pelajar pintar di sekolah.
Gambar Ardi Rizal menghisap rokok tersebar pada 2010 dan dia dilaporkan menghisap 40 batang rokok sehari selepas bapanya memberinya rokok pertama pada usia 18 bulan.
Dulu penagih kini pelajar pintar
Sejak itu, Ardi yang baru berusia dua tahun akan meraung sekiranya tidak diberi rokok.
Ardi yang tinggal di sebuah kampung terpencil di Sumatera diletakkan di bawah pemerhatian pakar secara intensif selepas kerajaan campur tangan.
Keluarga dan komuniti di kampung itu juga disiasat oleh Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Pemerkasaan Wanita tetapi Ardi dibenarkan tinggal bersama mereka.
Selepas menjalani rawatan, kanak-kanak itu akhirnya berjaya meninggalkan tabiat merokok tetapi pada usia lima tahun dia mula ketagih kepada makanan ringan.
Sejak itu berat badan Ardi meningkat mendadak dan hampir mencecah 23 kilogram.
Dalam gambar terbarunya, Ardi yang kini berusia sembilan tahun berjaya mengawal berat badannya dan membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.
Ibunya berkata, Ardi kini mengambil makanan sihat seperti ikan segar, buah-buahan dan sayuran.
“Dahulu Ardi akan meraung sekiranya kami tidak memberinya rokok tetapi kini dia langsung tidak mahukannya,” katanya.
Previous
Next Post »
loading...