Muar
: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi
hari ini atas tuduhan membunuh bekas tunangnya di kawasan letak motosikal
Pasaraya Econsave, Jalan Mersing di Kluang pada
10 April 2015.
Pesuruhjaya
Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Muhammad
Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan
keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut
pertuduhan, Muhammad Irshaduddin Khalis didakwa telah melakukan bunuh dengan
menyebabkan kematian Nursyafikah Ahmad Ismail di antara jam 5.40 petang hingga
5.45 petang hari kejadian.
Tertuduh
yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar di Johor Bahru sebelum ini
bagaimanapun tenang ketika mendengar keputusan terbabit.
Pendakwaan dikendalikan
oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh diwakili
peguam Nur Afiqah Hambali.