Atuk kelar kaki cucu guna pedang

Accra (Ghana): Seorang lelaki berusia 43 tahun bertindak kejam terhadap cucunya sendiri apabila dia mengelar kaki kanak-kanak itu menggunakan pedang, atas alasan mahu mendisiplinkannya setelah mangsa didakwa ditangkap cuba mencuri.
Atuk kelar kaki cucu guna pedang
Dalam kejadian di perkampungan petani di Enchi, barat Ghana, lelaki itu, Asubire Azure, dilaporkan terserempak cucunya Michael Atanga, 13, cuba menyelinap masuk ke rumahnya melalui bumbung untuk mencuri.
Menurut polis, Azure membelasah kanak-kanak itu dengan teruk sebelum mengelar kakinya.

Dia kemudian mengurung Atanga di dalam bilik tanpa membersihkan luka berkenaan yang sangat dalam.
Previous
Next Post »
loading...