KANAK-KANAK mengidap barah otak dari Kuala
Nerus, Amna Umairah Ali, 12, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, 4 pagi, hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi
ibunya, Siti Khatijah Mohd Raja, 45, ketika menerima rawatan di hospital
tetbabit.
Siti Khatijah berkata, dia reda dengan pemergian anak
sulung daripada dua beradik itu selepas dikesan mengidap barah, Januari lalu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang membantu ketika hayatnya dan mendoakan agar arwah tenang di alam sana,"
katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.
Adik Amna Umairah adalah murid tahun enam Sekolah
Kebangsaan (SK) Bukit Chempaka, Batu Rakit dan juga murid cemerlang.
Namun anak yang menjadi harapan keluarga itu terpaksa
melupakan alam persekolahan apabila dia seolah-olah menghidapi penyakit angin
ahmar sejak Julai 2015.
Sebelum ini dilaporkan Siti Khatijah turut mengidap
penyakit 'Systemic Lupus Ery Thrmasos Lupus Nephvitis Class 4' iaitu kecelaruan
imun sejak 2012.
Ibu
mentuanya pula mengidap penyakit buah pinggang manakala bapa mentua mengalami
sakit tua.