Tanah sekitar Makkah dan Madinah kaya dengan emas dan tembaga

JEDDAH  – Saban tahun, jutaan umat Islam dari seluruh dunia, termasuk Malaysia mengerjakan haji dan umrah di Makkah, selain menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah.
Tanah sekitar Makkah dan Madinah kaya dengan emas dan tembaga
Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa di bawah tanah di sekitar kedua-dua Tanah Suci itu mengandungi galian berharga, yang mana kiswah yang menutupi Kaabah juga disulami dengan benang mahal – emas, tembaga dan logam lain.
Daripada 11 lombong emas dan tembaga serta logam lain yang ada di Arab Saudi, lima daripadanya terletak di wilayah Makkah dan Madinah. Dua di sekitar Madinah dan tiga di wilayah Makkah.
Lombong emas Mahd Ad Dahab serta Bulghah terletak di sekitar Madinah, manakala lombong emas Al-Duwaihi; Massarah dan Al-Rajoum di sekitar Makkah.
Al-Duwaihi adalah lombong dan kilang emas terbesar di Arab Saudi dan terbaru beroperasi dikendalikan Saudi Arabian Mining Company (Ma’aden).
Previous
Next Post »
loading...