Menangis adalah bagus untuk kesihatan badan manusia

MENANGIS tatkala menonton drama di kaca televisyen mahu pun panggung wayang dianggap sebagai satu perkara yang memalukan.
Lebih-lebih lagi jika kelakuan tersebut disedari oleh orang sekeliling.
Disebabkan itu, kebanyakan individu terpaksa menyorokkan perasaan tersebut tatkala menonton babak sedih yang ditayangkan.
Menangis adalah bagus untuk kesihatan badan manusia
Bagaimanapun, seorang pakar psikologi dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat, Prof. Jennifer Barnes memberitahu, individu seharusnya tidak perlu berasa malu untuk meluahkan perasaan tersebut.
Ini kerana, secara psikologi, perasaan sedih yang dizahirkan dianggap sihat dan bagus untuk kesihatan tubuh seseorang.
“Menangis dapat membuatkan individu melepaskan ‘beban’ terpendam selain membantu mereka mengurangkan tekanan yang dihadapi.
“Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan perasaan sepi selain meningkatkan kecerdasan mental seseorang. Bahkan, individu yang berada di dalam kelompok tersebut didapati lebih sensitif terhadap perasaan orang lain.
“Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan jika anda menangis tatkala menonton cerita yang ditayangkan,” ujarnya.
Previous
Next Post »
loading...