Kegiatan satu sarang pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Bandar Puteri Puchong , terbongkar apabila diserbu Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi Dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman malam tadi.
Ketika serbuan kira-kira pukul 8 malam itu beberapa wanita warga asing sedang leka melayan pelanggan di dalam bilik khas yang disediakan. Hasil maklumat dan risikan sejak beberapa hari lalu itu berjaya menahan 18 wanita warga Vietnam, Thailand Dan China./ms