Kuala Lumpur: Gores belakang tapak tangan untuk bukti ‘kejantanan’. Itu dilakukan sekumpulan murid sekolah rendah di pinggir ibu negara yang sanggup mencederakan diri sehingga meninggalkan parut bagi menyahut cabaran rakan bahawa mereka lelaki sebenar.
Kejadian itu turut menjadi viral di laman sosial termasuk di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp apabila gambar sekumpulan murid lelaki berpakaian seragam sekolah rendah berdiri dalam formasi bulatan menunjukkan belakang tapak tangan yang cedera digores.
Ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah dalam tahun tiga, empat, lima dan enam, dinasihatkan supaya memantau anak masing-masing.
Murid-murid sekolah berkenaan dipercayai melakukan kegiatan berkenaan dengan cara menggores belakang tapak tangan menggunakan duit syiling atau benda lain hingga tinggalkan kesan parut.
Menurut netizen didalam beberapa laman sosial, ianya berpunca dari beberapa murid lelaki yang akan mencabar sesama mereka. Dan sesiapa yang tiada tanda itu akan ditempelak sebagai bukan anak JANTAN!