Sebut sahaja nama buah strawberry mesti terfikir untuk pergi ke Cameron Highland. Di Malaysia, Cameron Highland antara tempat percutian kegemaran untuk penduduk tempatan.
Malah, ada antara penduduk tempatan pergi ke Cameron Highland semata-mata untuk mendapatkan buah strawberry. Buah strwberry juga kaya dengan pelbagai vitamin, sebab itu buah Strawberry menjadi kegemaran ramai orang.
Tetapi, ramai yang tidak mengetahui strawberry juga boleh ditanam secara DIY di rumah sendiri.
Perkongsian seorang pengguna Facebook Asri Meris telah tular di media sosial. Asri telah berkongsi cara untuk buat benih strawberry dengan mudah dan tanam sendiri di rumah.
Langkah pertama, adalah kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu. Selepas itu keringkan kulit strawberi itu beberapa hari. Jemur di dalam rumah sahaja, seeloknya guna strawberry tempatan sahaja untuk dijadikan benih.
Langkah kedua, asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Jika kulit strawberry betul-betul sudah kering, biji benih akan tanggal dengan sendirinya.
Langkah ketiga, tanamkan benih-benih strawberry itu di dalam bekas yang diisi tanah atau baja. Setelah tiga minggu pasti akan dapat melihat hasilnya.
Langkah keempat, tanam strawberry itu di balcony rumah, elakkan terkena sinaran matahari secara berterusan. Hanya dapat cahaya matahari pada pagi sampai jam 11 pagi. Siram pula hanya perlu sekali sahaja sehari, menarik bukan? Strawberry boleh ditanam di dalam rumah, jika mahu makan hanya perlu petik sahaja buah strawberry itu. Tidak perlu pergi jauh sehingga ke Cameron Highland. – MissA/UtaraNews.com