Isteri Izinkan Suami Kahwin Tiga Tetapi Dengan Syarat

Bila sebut pasal bermadu, pasti ramai wanita yang sudah menggeleng kepala tanda tidak bersetuju. Jarang sekali wanita yang sanggup berkata “Saya rela bermadu”.
Tetapi, pelik dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini apabila dia rela bermadu. Malah, wanita ini berkongsi cerita mengizinkan suaminya berkahwin 3 isteri.
Walaupun tidak suka suaminya berkahwin dengan wanita lain, tetapi syarat yang diletakkan oleh wanita ini pada suaminya menyebabkan ramai wanita tarik diri dari menjadi madunya. Syarat apa? Semoga perkongsian wanita ini boleh dijadikan pengajaran.
Isteri Izinkan Suami Kahwin Tiga Tetapi Dengan Syarat
“Saya berumur 22 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Saya berkahwin semasa umur saya 17 tahun dan sekarang perkahwinan saya dah pun mencecah lima tahun.Saya berkahwin dengan suami semasa suami tidak mempunyai apa-apa pun. Tidak ada kereta, rumah, motosikal, dan bekerja makan gaji di restoran dengan pendapatan RM900 sebulan.
“Kami di awal-awal perkahwinan memang susah, kadang-kadang ikat perut tidak makan. Dengan hutang keliling pinggang, sampai tak ada duit untuk beli telur dan makan. Saya fikir nak masak apa dan akhirnya saya ambil daun tepi rumah untuk masak untuk makan malam. Memang perit masa itu, selepas melahirkan anak, rezeki makin bertambah dan terus bertambah.
“Suami dapat kerja dengan gaji RM3,000 sebulan. Suami memang baik dan bertanggungjawab tak pernah abaikan nafkah kami anak beranak. Dulu saya surirumah sepenuh masa, suami dah mampu belikan emas pada saya. Mampu beli kereta mewah, motor dan rumah teres satu tingkat. Memang rezeki anak itu ada cuma kita perlu banyak bersabar.
“Awal tahun 2015 suami telah memulakan perniagaan dari kecil-kecilan sampai maju. Orang kampung hairan kenapa kami dapat kaya dengan cepat dan sekarang suami mempunyai 4 buah restoran, satu kedai baju dan satu kedai runcit. Alhamdullilah dari rumah teres satu tingkat sekarang kami duduk rumah banglo dua tingkat dan mempunyai dua orang gaji di rumah,” tulisnya.
Apabila hidup mereka semakin senang, wanita ini akui memang betul pepatah ada mengatakan ‘Dugaan isteri semasa suami susah dan dugaan suami apabila suami sudah senang dan berjaya’. Suaminya telah meminta izin wanita ini untuk berkahwin lagi satu.
Wanita yang suaminya mahu berkahwin itu adalah seorang janda anak satu. Wanita ini akui suaminya mampu untuk berkahwin satu lagi. Walaupun kecewa dan tidak menyangka suaminya telah curang dengannya, wanita ini telah mengizinkan suaminya berkahwin tetapi dengan syarat.
“Saya izinkan abang untuk nikah lagi satu, suami terkejut dengan jawapan saya dan suami senyum sambil mengucapkan terima kasih. Saya cakap lagi, tetapi dengan syarat. Suami tanya syarat apa? Saya jawab kalau abang nak nikah lagi satu, abang kena nikah dua orang sekaligus.
“Suami terkejut lagi, dua orang? Ye isteri nombor dua dan isteri nombor tiga.Kalau abang mampu bernikah dengan isteri nombor empat pun boleh. Tapi buat masa ini abang nikah dua orang dulu, termasuk saya tiga isteri abang semua, suami jawab setuju.
“Keesokkannya suami bagitahu pada perempuan itu saya setuju mereka bernikah. Tetapi, dengan satu syarat suami kena nikah lagi satu isteri, akhirnya perempuan itu meroyan dan jawab tidak boleh terima kalau suami saya kahwin isteri nombor tiga dan dia tak nak kongsi dengan perempuan lain. Dia hanya nak berkongsi dengan saya sahaja.
“Selepas saya pergi jumpa perempuan itu dan cakap kalau dia tak boleh terima madu nombor tiga buat masa ini awak nikah saja dulu dengan suami. Selepasa seminggu nikah awak bersanding sudah cukup sebulan awak kahwin, suami saya kena kahwin dengan seorang lagi perempuan isteri nombor tiga. Dia menangis-nangis dan merayu pada saya jangan bagi suami nikah isteri nombor tiga, kejamkan saya?
“Itu keputusan muktamad saya, akhirnya perempuan itu membawa diri dan balik ke kampung kerana tidak mampu terima dengan syarat saya iaitu suami nikah isteri nombor tiga. Selepas peristiwa itu suami dah tak cakap dah pasal nak nikah lagi. Perhatian dah lebih kepada kami sekeluarga. Mungkin suami dah sedar bahawa peritnya hidup bermadu ini,” tulisnya.
Sebenarnya wanita ini menipu suaminya iaitu membenarkan suaminya nikah dua orang isteri sekali gus. Wanita ini tidak rela untuk bermadu, wanita ini hanya mahu melihat sejauh mana perempuan itu boleh buat dengan keputusannya. Wanita ini mengetahui tiada perempuan yang sanggup berkongsi kasih dalam rumahtangga, pasti perempuan lain akan undur diri apabila mengetahui dirinya akan dimadu. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...