Peluang Seperti Inilah Yang Galakkan Penjenayah Untuk Meragut

Semakin hari kes jenayah semakin kerap berlaku di mana-mana sahaja. Perkara ini cukup membimbangkan kita semua. Salah satu kes jenayah yang cukup berleluasa pada masa kini di negara kita adalah jenayah ragut.
Kebanyakkan kes jenayah ini berlaku kepada golongan wanita yang dilakukan oleh peragut lelaki. Antara barang-barang yang sering menjadi pilihan peragut adalah beg tangan, barang kemas dan telefon bimbit.
Peluang Seperti Inilah Yang Galakkan Penjenayah Untuk Meragut
Ramai wanita tidak menyedari kadang-kadang mereka sendiri yang membuatkan diri mereka menjadi mangsa ragut. Peragut mudah tertarik dengan wanita-wanita yang suka mendedahkan barang kemas yang dipakai dan meletakkan beg tangan di tempat yang senang untuk diragut.
Tular di media sosial apabila seorang lelaki telah menasihati semua wanita untuk lebih berhati-hati terutamanya semasa menaiki motosikal. Tanpa anda sedar, anda telah menjadi sasaran peragut kerana sikap sambil lewa anda itu.
“Saya masih ingat nombor platnya tetapi saya tak nak hebahkan. Bukan saya tak nak turun untuk tegur, suruh simpan beg tangannya dalam baju jaket tetapi situasi mungkin jadi lain sebab saya pakai helmet full face dan tambahan pula saya orang India.
“Kalau saya datang dari belakang, dia menjerit, naya saya kalau perkara sebaliknya yang berlaku. Yang saya pasti, selepas memintas dia, dia menuju ke arah Seksyen 13.
“Satu saya nak ingatkan, mungkin dia rasa beg dia tak ada apa-apa. Tetapi pada ingatan peragut, melihat peluang seperti itulah yang mendorong mereka untuk meragut.
“Saya teringat kembali satu peristiwa yang berlaku di depan mata saya di hadapan Telekom Jalan Meru, lebih kurang 10 atau 20 tahun yang lalu. Seorang penunggang motosikal perempuan yang meletakkan beg tangannya dalam bakul motosikal.
“Jam 6 petang, dua lelaki menunggang motosikal RXZ telah menarik beg tangannya semasa dia dalam perjalanan. Lalu mangsa jatuh tersungkur di atas jalan raya.
“Empat tulang jari tangan kirinya terpacak keluar dan cedera di siku dan dagu. Dia juga mengalami kejutan dan asyik menjerit apa yang telah berlaku sambil tangannya cepat-cepat dibalut oleh seorang makcik yang sedang berjual kuih di situ.
“Tak ada apa-apa nak, kamu jatuh saja,” katanya.
“Saya berada betul-betul di depan mangsa. Nak kejar, motosikal saya Modenas kapchai saja. Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas.
“Jadi peringatan kepada semua penunggang motosikal, jangan ambil mudah perkara ini kerana ia boleh membawa maut. Maaf kalau saudari ada dalam group ini.
“Saya terpaksa tegur di sini dan jadikan ini sebagai pengajaran untuk yang lain. Jangan jemput masalah kalau tidak mahu berada di dalam masalah. Guru terbaik ialah kesilapan sendiri. Tetapi kesilapan orang lain juga boleh mengajar kita,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...