Ibu Bapa Punca Anak-Anak Lambat Bercakap

Sejak berumur dua bulan, bayi seharusnya sudah pandai mengeluarkan suara seperti bercakap. Namun begitu, percakapan bayi di usia ini masih tidak dapat difahami. Ketika di usia ini bayi hanya berbual-bual kosong tanpa maksud dan penyampaian. Semakin meningkat usia bayi semakin berubah gaya percakapan mereka.
Purata anak yang boleh bercakap ialah sekitar umur satu tahun ke atas. Akan tetapi, terdapat juga sesetengah anak yang masih tidak pandai bercakap dan mengenal huruf. Selain faktor semulajadi, punca anak lambat bercakap dan masih tidak mengenal huruf juga datang dari kesilapan ibu bapa sendiri.
Ibu Bapa Punca Anak-Anak Lambat Bercakap
Seorang ibu meluahkan rasa risau terhadap anaknya yang berusia 4 tahun yang masih belum mahir mengenal huruf. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengajar anaknya sejak sebelum si kecil masuk dua tahun, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan.
Tetapi, ibu ini telah dikecam dan ramai yang bersimpati dengan nasib anak itu kerana telah dipaksa untuk belajar sesuatu yang dia sendiri belum bersedia untuk terima.
“Saya ada anak berusia 4 tahun. Sejak dia berusia 3 tahun (by year) saya dah masukkan dia ke pra-sekolah untuk setengah hari. Dari usia sebelum nak masuk 2 tahun, anak saya dah kenal warna dan objek. Jadi bila masuk sekolah, saya harap dia kenal huruf dan nombor pula. Tetapi bila dah habis setahun bersekolah, dia masih tak kenal huruf lagi.
“Saya ada mengajar dia di rumah juga menggunakan buku, flash cards dan puzzles. Tetapi saya rasa kurang berkesan sebab kami asyik bergaduh saja. “Kalau saya mengajar, dia main-main. Kalau saya marah, dia hanya fokus sekejap saja, kemudian mula bermain lagi. Kadang-kadang hati ini tak tahan, saya jentik jugalah.
“Tahun ini dia masuk pra-sekolah level 1. Setakat ini belum ada perkembangan sangat sebab setiap kali buat homework, memang menjerit-jerit saya ini bila mengajar dia. Tunjuk huruf A, tak kenal. Tetapi kenal huruf B. Bila dah ajar bentuk huruf A B C, disuruh ulang, dia lupa. Lagu ABC itu dia hafal tetapi bila tunjuk A dan tanya huruf apa selepas A, dia tak tahu. Kadang-kadang dia cakap B untuk Apple. Berasap jugalah telinga saya ini sebab benda itu dah berulangkali diajar.
“Minggu lepas mereka ada peperiksaan di sekolah. Saya tengah gelisah menunggu keputusan peperiksaan dia selepas habis cuti sekolah ini.
“Ada satu hari itu sedang saya tengah membelek-belek Facebook, ada seorang kawan saya upload video anak dia sedang bermain puzzle, sebut-sebut huruf. Anak dia muda setahun dari anak saya. Kiranya umur dia 2 tahun lebih, nak masuk 3 tahun. Dia kenal huruf dan nombor. Bila saya tengok video itu, saya jadi marah pada anak dan emosi sangat-sangat sampai deactivated accound Facebook saya.
“Saya cari di mana silap saya. Adakah cara saya mengajar dia tak betul atau salah masuk sekolah ke? Saya ada perancangan nak tukarkan dia ke sekolah lain yang menggunakan cara mengajar yang lebih efektif. Tetapi saya sedang menunggu keputusan peperiksaan dia minggu depan, nak tengok macam mana.
“Saya stress sebab saya nak dia bersedia masuk sekolah rendah nanti, dah pandai membaca dan mengira. Masuk sekolah rendah, saya tak nak dia susah.
“Boleh tak ibu-ibu di sini berkongsi cara mengajar anak yang playful, tantrum dan degil? Ke saya yang bermasalah sebab anak masih kecil lagi dan stress dengan benda-benda seperti ini? Tetapi normal kan mula dari umur macam ini kita didik mereka? Tolonglah ibu-ibu yang baik hati sekali,” tulisnya.
Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Liyana Raya merasakan tindakan ibu yang berlumba-lumba mengajar anak bercakap dan akademik pada usia anak masih kecil lagi menyebabkan anak itu seperti tidak dapat menerima perkara itu dengan baik.
“Balik-balik nak anak pandai membaca, membaca dan membaca. Sebab itu any method yang mengajar anak suruh kenal huruflah, nombor, membaca semua sejak dari baby saya tidak pernah setuju. Kasihan pada anak itu. Kalau dia boleh cakap, mesti dia cakap.
“Mak, jangan paksa saya. Saya tak mahu semua ini.
“Cara dia tunjuk menyampah adalah melalui tingkahlaku. Sebab mereka tiada perkataan untuk menunjukkan betapa letihnya otak mereka diperah untuk achieve academic skills sejak kecil,” katanya.
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Tetapi, setiap kanak-kanak itu berbeza cara pembesaran mereka, jangan merasa apa sahaja anak orang lain boleh buat, anak anda juga perlu lakukan. Sebabkan sikap ibu bapa seperti ini yang memberikan tekanan pada anak-anak itu sendiri. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...