SEORANG wanita Inggeris terpaksa melakukan pembedahan vagina, selepas dia menjadi bahan ejekan bekas teman lelakinya kerana memiliki bibir faraj (labia) yang terlalu panjang dan tidak normal.
Gadis yang hanya dikenali sebagai Antonia itu mengatakan dia memiliki labia yang sangat besar dan panjang hingga mampu mencecah ke bahagian lutut jika ditarik.
“Labia saya seakan ‘terjuntai’ ke bawah sepanjang 4cm (sentimeter). Ia juga bagai gelang getah kerana saya boleh tarik sampai ke lutut,” jelas Antonia.
Akibat dari ukuran luar biasa itu, dia sering mengalami kesulitan ketika ingin menggunakan seluar jean ketat (skinny jeans) dan menurutnya, dia terpaksa menahan kesakitan ketika melakukan hubungan intim.
Menerusi sebuah dokumentari BBC Three bertajuk ‘My Unusual Vagina’, wanita cantik itu berbicara mengenai prosedur pembedahan yang akan dilakukan, iaitu labiaplasty.
Jelasnya, hanya kaedah itu yang boleh dilakukan bagi memperbaiki alat kelaminnya secara khusus.
Prosedur pembedahan plastik itu melibatkan bahagian bibir majora (bibir luar) dan labia minora (bibir dalam) di mana ia akan mengubah saiz dan bentuk labia.
Kebiasaanya ia sering digunakan untuk mengecilkan bibir faraj atau membetulkan struktur asimentri. – MYNEWSHUB.CC