Adakah Derhaka Apa Yang Aku Lakukan Ini ?

Derhaka seorang anak apabila meninggikan suara dan tidak mendengar arahan bapa. Selagi arahan dan segala suruhan ayah itu tidak melanggar hukum agama, memang seeloknya sebagai seorang anak mengikut arahan bapanya.
Tetapi, jika bapa itu boleh membawa kecederaan pada anak-anak, tidak menjadi satu kesalahan atau menjadi anak derhaka jika melawan dan mempertahankan diri sendiri.
Adakah Derhaka Apa Yang Aku Lakukan Ini ?
Seorang wanita telah berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa dera oleh bapa kandung sendiri. Walaupun hanya melakukan kesalahan kecil, pasti bapanya akan mengugut dan memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan.
“Saya perempuan berumur 23 tahun, masih bujang. Saya ada masalah dengan ayah saya, dia panas baran dan suka pukul saya sejak kecil. Saya masa kecil dulu agak aktif dan bila saya buat salah kecil pun dia akan pukul saya.
“Contohnya bila saya terperap saja dalam bilik dia pukul lah. Bila dia tengok saya menghadap buku 24 jam dia ugut nak bakar buku. Pernah sekali seluruh badan saya gatal-gatal saya pun garulah. Dia tanya kenapa gatal saya cakap tak tahu pastu dia tarik rambut dan kerjakan saya.
“Bila saya menangis saya ingat dia kesian rupanya dia pukul lagi teruk selagi saya tak berhenti menangis. Pelik tak?
“Saya sabar je tapi hati tak payah cakap la sakit sangat-sangat, saya pendam je. Mungkin sebab pendam dan tahan sabar kot sekarang saya jadi panas baran, suka mengamuk dan melawan. Derhaka ke saya? Bila saya mengamuk ayah saya jadi macam takut nak pukul saya. Saya terpaksa melawan untuk mempertahankan diri. Derhaka ke saya?,”tulisnya.
Bukan sahaja didera secara fizikal, malah apabila sudah dewasa bapanya cuba mendera wanita ini secara mental dengan memaki hamun wanita ini.
Walaupun sudah mendapat keputusan yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajar. Bapanya tidak mengizinkan wanita ini menyambung pelajaran dengan alasan akan menyusahkan dia kerana tiada duit untuk menghantar wanita itu belajar.
Malah, wanita ini takut untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki kerana bapanya pernah berkata, perkahwinannya tidak akan berkekalan kerana sikapnya yang suka menderhaka.
“Derhaka ke kalau saya tinggikan suara kat ayah saya? Saya tak tahu kenape ayah saya pelik. Saya nak tegur dia, biar pemikiran dia berfungsi dengan baik.
“Derhaka ke bila saya terpaksa melawan untuk mempertahankan diri dari dipukul? Kalau saya lawan, dia takut dah tak nak pukul. Saya takut akan kifarah,” tulisnya.
Namun begitu, netizen merasakan tidak menjadi anak derhaka jika mempertahankan diri dari menjadi mangsa dera. Netizen merasakan apa yang berlaku pada bapanya itu seperti penyakit mental atau tekanan perasaan. Melepaskan tekanan perasaan pada anak-anak, anak-anak akan menjadi mangsa pukul walaupun hanya melakukan kesalahan kecil. – MissA/UtaraNews.com
loading...