Perkahwinan itu bukan hanya memandang pada wang ringgit, wang ringgit tidak menjaminkan pasangan boleh hidup bahagia. Seorang wanita telah berkongsi dilayan buruk dan sering dianiaya oleh keluarga mertuanya.
Dia tidak disukai oleh ipar-ipar perempuan, pelbagai cara yang sering digunakan oleh ipar-iparnya untuk memisahkan rumahtangga wanita ini dengan abang mereka.
“Ipar-ipar perempuan menganiaya dan meminggirkan saya. Bila pulang ke kampung, saya akan duduk di penjuru rumah seorang-seorang. Tiada siapa nak berkawan atau bersembang dengan saya. Saya selalu cuba berkawan dan duduk bersama mereka tetapi mereka akan bingkas bangun dan masuk ke bilik lalu dikunci serta tergelak kuat meninggalkan saya yang terpinga-pinga di luar dengan hanya dilihat mertua,” katanya.
Ipar-ipar perempuan mula menganiaya wanita ini apabila mengetahui wanita ini bukan anak orang kaya. Kenduri kahwin hanya di buat di flat, memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.
Antara perkara jahat yang sering dilakukan ipar-ipar padanya adalah hulur salamnya sering kali dibalas dengan kaki. Malah, apabila balik ke kampung untuk tidur wanita ini akan diletakkan di dalam bilik stor yang kotor dan tidak mempunyai kipas dan lampu. Banyak lagi perkara jahat yang telah dilakukan ipar-ipar padanya tetapi tidak pernah diceritakan pada suami.
“Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain. Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.
“Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disimpaikan anak-anak perempuannya,” tulisnya.
Tetapi, wanita ini bernasib baik kerana suaminya sentiasa memihak padanya. Suaminya pasti akan mempertahankan wanita itu apabila diburuk-burukkan oleh adik-adiknya. Disebabkan terlalu sedih menjadi mangsa dianiaya ipar-ipar perempuannya, itu wanita ini telah berdoa pada Allah.
“Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau.
“Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah. Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah.
“Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku,” doanya pada Allah dalam kesedihan.
Dengan izin Allah doanya telah dimakbulkan, doa orang teraniaya pasti akan dimakbulkan. Pelbagai dugaan yang telah menimpa keluarga mertuanya. Antara dugaan yang paling teruk apabila salah seorang adik ipar perempuan susah untuk melahirkan anak. Setelah tiga hari bertarung nyawa untuk melahirkan anak, suami wanita ini meminta wanita itu untuk memaafkan adiknya dan barulah adik iparnya dapat melahirkan anak.
Walaupun sudah menerima pelbagai dugaan pada keluarga mertuanya itu. Keluarga mertuanya dilihat masih tidak serik dan masih lagi berusaha untuk memisahkan wanita ini dengan suaminya.
Wanita ini telah mendedahkan perkahwinan yang telah dibinanya kini di ambang penceraian. Perkara itu berlaku kerana keluarga mertuanya telah menghantar sihir pemisah. Wanita ini berdoa agar dirinya rasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak mereka. Pasti suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka.
Malah, wanita itu juga menasihati semua pihak untuk tidak mengambil mudah dengan doa dari seseorang yang teraniaya, kerana doa orang yang teraniaya itu pasti akan di makbulkan Allah. MissA/UtaraNews.com