Video Viral Remaja Pukul Imam Dalam Masjid

Umat Islam sudah mengetahui masjid atau surau adalah tempat ibadah untuk umat Muslim. Adalah kurang enak jika melakukan perbuatan yang tidak baik di dalam ‘rumah ibadah’.
Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial seorang remaja dan seorang imam berjubah putih telah bergaduh di dalam masjid. Perkara itu telah dikecam hebat oleh netizen.
Rata-rata merasakan tindakan remaja dan imam itu bergaduh di dalam masjid adalah amat tidak sopan dan tidak menghormati rumah ibadah itu.
Malah, menimbulkan kemarahan netizen selain dari bergaduh, remaja berbaju merah itu juga dikatakan telah menuturkan kata-kata kesat di dalam masjid.
Video Viral Remaja Pukul Imam Dalam Masjid
Namun begitu, Muhd Hafizuddin iaitu abang pada remaja berbaju merah itu telah tampil menjelaskan segalanya dan punca sebenar adiknya telah bergaduh dengan imam terbabit di dalam masjid.
Hafizuddin juga telah tampil memohon maaf bagi pihak adiknya pada semua pihak. Adiknya itu masih lagi berusia 17 tahun, punca sebenar adiknya itu mengamuk disebabkan lelaki berjubah putih itu dikatakan telah menaburkan fitnah terhadap ibu bapanya dan remaja berkenaan.
““Takkanlah budak 17 tahun nak cari pasal dengan orang tua,memang sebagai orang muda kita harus menghormati orang yang lebih tua,tapi kadang kadang kesabaran manusia ada batasnya,dan saya sebagai abang pun memarahinya kerana dia tak dapat mengawal dirinya di dalam masjid,untuk itu saya tebalkan muka memohon maaf kepada semua,” katanya.
Sementara itu, Hafizuddin juga mendedahkan kes pergaduhan adiknya dengan imam itu sudah pun selesai dengan cara baik. Masing-masing telah tampil memohon maaf dan merasakan kejadian itu sebagai satu salah faham dan telah ditokoh tambah. –MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...