Pelakon Sari Yanti kerap kali dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelawak Jep Sepahtu. Pasangan ini mula dilihat sedang bercinta apabila sering kali memuatnaik gambar mesra bersama.
Terbaru, kejadian Sati meluahkan perasaan cinta secara terbuka pada Jep ketika live di Instagram membuatkan ramai peminat percaya pasangan ini sedang dilamun cinta.
Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, pasangan ini akan melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu mengikat tali pertunangan bersama. Pasangan ini dikatakan akan melangsungkan pertunangan pada bulan ini.
Namun begitu, apabila ditanya pada kedua-dua belah pihak berhubung perkara ini. Masing-masing dilihat cuba untuk berteka-teki pada media dan juga peminat.
Sementara itu, jawapan-jawapan yang diberikan Jep ketika dalam rancangan Sepahtu Reunion Live membayangkan sesuatu hubungan yang serius terjalin antara mereka bukan sekadar teman biasa.
Jep apabila ditanya mengatakan perasaan selesa ketika bersama Sari. Tetapi, pasangan ini lebih memilih untuk berteka-teki dengan status sebenar.
Peminat mereka rata-rata mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini dan merasakan pasangan ini sangat sesuai dan serasi bersama. Tidak ada salahnya kalau pasangan ini ke fasa yang lebih serius, Sari juga sudah lama memegang status janda. – MissA/UtaraNews.com