Sanggup derhaka pada ibubapa demi isteri

‘Syurga’ seorang anak adalah pada ibu bapanya, tidak kisah sama ada anak-anak belum berkahwin atau sudah berkahwin. Jika anak sudah bergelar suami perkara pertama yang perlu didahulukan adalah ibunya sendiri kemudian adalah isterinya.
Berdosa seorang anak apabila meninggikan suara pada ibu bapanya sendiri apatah lagi jika anak-anak memukul ibu bapanya sendiri. Janganlah kita sengaja untuk menjadi anak derhaka tanpa disedari.
Sanggup derhaka pada ibubapa demi isteri
Seorang wanita telah berkongsi kisah hidup keluarga apabila sikap abangnya telah berubah setelah berkahwin dengan seorang janda anak tiga dan telah menjadi anak derhaka serta sanggup memukul ayahnya sendiri hanya kerana mendengar cakap isterinya.
Bukan sahaja sanggup memukul ayahnya sendiri apabila ayahnya cuba mempertahankan diri dan melawan semula, abangnya telah membuat laporan polis meminta pihak polis menangkap ayahnya untuk dibawa masuk ke dalam penjara.
“Kami ada empat orang adik-beradik, saya bongsu dan saya tunggal perempuan . Salah seorang adik-beradik kami ada yang sakit kronik . Kisah ini tentang abang sulung dan kakak ipar, abang saya berkahwin dengan seorang janda anak tiga. Umur abang dalam 34 dan isterinya 45 tahun.
“Diringkaskan cerita , kakak ipar saya ini duduk sini sejak dari dioarang kahwin lagi . Masa kahwin pun kami tidak tahu, dia ajak abang saya ke kampung dia dan bernikah di sana . Sikap kakak ipar yang tidak tahu hormat mak ayah saya membuatkan saya sangat kecewa,” tulisnya.
Bukan itu sahaja abangnya juga telah disuruh oleh isterinya untuk merebut rumah pusaka satu-satunya milik keluarganya. Alasan yang diberikan abang adalah kerana dia adalah anak lelaki sulung.
Setelah bergaduh dengan ibu bapanya, abangnya sudah tinggal di rumah sewa hampir enam bulan, tetapi abang mahu tinggal di rumah keluarganya semula kerana mahu menuntut rumah itu diberi atas namanya.
Wanita ini sedih apabila mengenangkan ibu bapanya diperlakukan secara jahat oleh kakak iparnya itu. Kakak iparnya pernah menggelar ibunya sebagai ‘mak lurus bendul macam kambing’.
“Ingat dulu , ayah cuba berbincang . Tapi abang sulung sampai berdabik dada pertahankan isteri dia , sampai tumbuk ayah dan bila ayah lawan, dia pergi buat laporan polis nak biarkan ayah masuk penjara. Nasib polis telefon kami dalu dan buat keterangan.
“Mana tanggungjawab dia pada ibu ayah dan adik-beradik sepatutnya dia sebagai abang sulung lindungi adik-adik. Tapi kami tidak dapat rasa semua itu.
“Saya dengan abang sulung dah 10 tahun tidak rasa makna kasih sayang seorang abang pada adik kerana mulut kakak ipar saya yang hasut abang saya menyatakan dia haram bersentuhan dengan adik perempuan dia,” tulisnya.
Sehingga kini, abang masih tidak berubah sikap. Pelbagai kata-kata jahat dihasut oleh kakak iparnya itu pada abangnya untuk membenci seluruh ahli keluarganya sendiri.
Wanita itu menasihati untuk setiap orang memilih dan menilai dahulu pasangan yang bakal dikahwini. Tersalah pasangan perkara ini akan memberi kesan pada seluruh ahli keluarga. Carilah pasangan hidup yang menghormati ibu bapa dan ahli keluarga anda.
Tiada guna merebut harta ibu bapa dan hidup kaya di dunia jika hidup tidak diredhai oleh ibu bapa. Redha ibu bapa itu paling penting dalam hidup hormat dan jagalah mereka selagi mereka masih hidup.
Besar dosanya apabila tidak mendengar cakap ibu bapa dan melebihkan isteri sendiri. MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...