Sering kali para isteri diingatkan untuk sentiasa ‘berhias’ depan suami jika tidak mahu suami curang atau mencari perempuan lain.
Ini kerana kes penceraian suami menceraikan isteri kerana sudah tidak cantik semakin meningkat, ramai isteri mula berhias-hias untuk suami mereka.
Alasan isteri hodoh, sudah tidak cantik, berbadan busuk digunakan suami untuk mencari perempuan lain yang lebih cantik.
Seorang wanita berkongsi kisah suaminya mula mencari pasangan lain apabila dirinya sudah hodoh dan gemuk. Perkahwinan yang dibina hampir lima tahun mulanya bahagia.
Tetapi, bahagia itu hanya sementara apabila sudah masuk anak ketiga, suaminya mula berubah perangai dan mula mencari perempuan lain.
“Perkahwinan saya dah hampir 5 tahun, mula-mula hubungan kami sangat baik. Bila masuk anak ketiga perangai suami sangat berubah, terlalu diingin dengan saya.
“Apa-apa pun tidak mahu berkongsi dan telefon sudah mula tidak bagi saya tengok dan ada password. Bila saya tanya suami kenapa berubah, suami cakap tengok diri saya sendiri.
“Ternyata suami malu akan penampilan saya, biasalah anak sudah tiga. Bentuk badan pun sudah tidak menarik, saya merenung di depan cermin. Apa salah saya bukan saya minta tubuh seperti ini,” tulisnya.
Suatu hari suaminya tertinggal telefon di rumah dan apabila di siasat rupanya suaminya sudah mempunyai perempuan lain. Walaupun agak kecewa dengan suami tetapi wanita ini tidak salahkan suaminya malah turut menyalahkan diri sendiri.
Sejak dari itu wanita ini telah berazam untuk mendapatkan semula bentuk badannya dan mengamalkan diet. Selepas dua bulan mengamalkan diet berat badan wanita ini susut.
Suaminya mula memuji wanita ini semakin cantik dan semakin kurus. Selepas itu suaminya sudah mula menunjukkan reaksi positif dan sudah jarang keluar rumah.
“Suami selalu ada di rumah, sudah tidak keluar lepak. Kalau lepak pun dia akan bawa saya dengan anak-anak bersama. Kalau hari minggu pun dia bawa kami jalan-jalan ,ternyata suami nak tengok saya cantik sentiasa depan mata dia.
“Untuk perempuan di luar sana, bila suami ada perempuan lain. Cuba selidik dulu diri kita di mana kurangnya kita. Insyallah kita mampu ubah, bukan untuk orang lain tetapi untuk kebahagian rumahtangga kita juga,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com