Pencuri Bertudung di Sunway Piramid kena hukum penjara 8 bulan

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk mencuri barangan milik jemaah di sebuah surau Sabtu lepas dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hukuman itu dijatuhkan terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, oleh Majistret Atiqah Abd Karim selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di surau wanita, Tingkat 1 Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini jam 9.40 malam, pada 18 Februari lalu.
Pencuri Bertudung di Sunway Piramid kena hukum penjara 8 bulan
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamad Firdaus yang pada hari kejadian memakai tudung dan bersolek seperti seorang wanita dituduh mencuri dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22 dan didakwa mengikut 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, gambar tertuduh bersolek, bertudung dan mengenakan pakaian seperti seorang wanita ketika ditahan anggota polis menjadi viral di laman sosial.
Previous
Next Post »
loading...