Pekerja Potong Rumput Dihina Orang Awam

Pulau Pinang – ‘Inilah manusia paling tiada otak. Dah tahu orang ramai kat sini duk jugak mesin tak berhenti” tulis seorang pengguna media sosial di akaun Facebook menghina seorang pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai di sini kerana memotong rumput.
Pekerja Potong Rumput Dihina Orang Awam
Gambar dan status itu telah tular di media sosial dan ramai netizen telah menghentam penguna media sosial itu kerana telah menghina pekerjaan orang lain.
Pengguna media sosial itu merasakan pekerja kebersihan itu melakukan kerja yang boleh mengundang bahaya jika memotong rumput ketika orang awam ramai berada di situ.
Pekerja Potong Rumput Dihina Orang Awam
Memang tidak dapat dinafikan memotong rumput di kawasan ramai orang boleh mengundang bahaya. Tetapi, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras, carilah kawasan yang lebih selamat dan jauh dari pekerja memotong rumput itu.
Jika pekerja memotong rumput itu mahu melakukan kerja jika tiada orang, bila pula masa pekerja itu akan melakukan kerja, adakah pada waktu malam ketika semua orang tidur? Tidak perlu dimaki hamun pekerjaan orang lain, pekerja itu bekerja untuk mencari rezeki yang halal.
Jika tiada orang yang melakukan kerja memotong rumput siapa yang akan memotong rumput yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan tempat pondok menunggu bas itu?
Bertimbang rasalah sebagai seorang manusia, tidak perlu menghina pekerjaan orang lain.Hargailah jasa orang lain yang membantu membersihkan kawasan tempat tinggal anda untuk kelihatan bersih.
Semua benda tidak perlu di viralkan di media sosial, fikir dahulu sebelum viralkan sesuatu perkara. Jika anda di tempat individu yang di hina itu apa perasaan anda? MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...