Bayi Nyaris Tersepit Pintu Kereta Api

TINDAKAN seorang wanita melulu masuk ke dalam sebuah kereta api ketika pintu kenderaan itu sedang tertutup nyaris menyebabkan bayi yang dikendongnya tersepit.

Kejadian yang berlaku di stesen kereta api bawah tanah Nanning, China itu sempat dirakam kamera pengawasan tertutup (CCTV) yang terdapat di stesen tersebut.

Bayi Nyaris Tersepit Pintu Kereta Api
Seorang wanita dan anak lelakinya dilihat menarik bagasi untuk memasuki perut kereta api itu semasa isyarat menutup pintu berkelip sebelum tiba-tiba muncul suspek dari arah belakang dan menolak budak lelaki itu dari memasuki ke dalam kereta api menyebabkannya terpisah dari ibunya.
Sementara itu, ibu kepada budak lelaki itu sempat melompat masuk ke dalam kereta api tersebut.
Manakala suspek wanita yang tidak didedahkan identitinya itu pula hampir menyebabkan bayi perempuan yang ‘digalasnya’ tersepit, namun kedua-dua dilaporkan terselamat.
Menurut laman China News, kejadian yang menimpa budak lelaki itu disaksikan oleh kakitangan stesen yang turut berada di situ lalu membantunya dengan membuka kembali pintu kereta api itu.
Difahamkan suspek wanita dan budak lelaki yang ditolak itu mempunyai ikatan kekeluargaan.
Bayi Nyaris Tersepit Pintu Kereta Api
Bayi Nyaris Tersepit Pintu Kereta Api
Menurut pegawai polis Biro Keselamatan Awam Nanning, Ou Jun kepada wartawan; dua wanita menarik bagasi dan suspek memasuki stesen itu bersama-sama dan berbual-bual antara satu sama lain sebelum kejadian.
“Mungkin ini adalah kali pertama mereka menggunakan pengangkutan awam itu dan apabila kereta api itu hendak bertolak, mereka tergesa-gesa memasukinya,” katanya.
Susulan beberapa kecelakaan yang pernah berlaku di stesen kereta api bawah tanah di negara itu, pihak berkuasa stesen memberi amaran kepada pengguna untuk tidak tergesa-gesa ketika menaiki kereta api.
Sebelum ini kejadian seumpama itu turut berlaku di stesen Metro Line 1, Nanning di mana seorang lelaki menggunakan kereta sorong dengan bayinya di dalam untuk menghalang pintu kereta api dari tertutup.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan selamat. – MYNEWSHUB.CC
Previous
Next Post »
loading...