Nora Danish ‘Berangan’ mahu Jadi Pelakon Popular Di Indonesia

Pelakon Nora Danish memang pelakon yang popular di Malaysia. Tidak cukup melebarkan sayap di Malaysia ada pihak mendakwa Nora kini cuba untuk meluaskan sayap ke negara sebarang Indonesia.
Pelakon comel itu dikatakan telah menerima beberapa tawaran lakonan dari negera seberang yang berbentuk islamik.
Tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi pelakon popular di Indonesia, Nora telah menerima tawaran membintangi filem berjudul ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’
Nora Danish ‘Berangan’ mahu Jadi Pelakon Popular Di Indonesia
Filam ini dijangka akan menemui penonton negara ini pada 9 Februari ini. Filem ini juga telah membariskan bintang seperti seperti Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Fedi Nuril, Reza Rahadian dan Kemal Palevi.
“Saya sendiri mengikuti kehebatan filem Islamik dari sana, termasuk Ayat Ayat Cinta yang dilakonkan Fedi. Reza pula memang bukan calang-calang pelakon.
“Selain itu, saya juga dapat menimba pengalaman dengan melihat cara pelakon sebelah sana bekerja.
“Apa pun, saya melihat ruang ini sebagai langkah pertama untuk melebarkan sayap seni ke negara jiran. Alhamdulillah, mereka juga amat mengalu-alukan kehadiran saya,” katanya.
Sementara itu, Nora kini sedang menjalani penggambaran filem ‘Cinta Bukan Malaikat’ bergandingan dengan seorang pelakon lelaki popular dari Indonesia. Tidak ramai pelakon Malaysia mampu menembusi pasaran di Indonesia dan bergelar pelakon popular di sana. -MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...