Tidak dapat dinafikan sejak dari kecil lagi kita sudah melihat ibu bapa akan menyimpan segala jenis ubat berbentuk cecair di dalam peti sejuk bukan?
Perkara ini terus-terusan di amalkan oleh orang ramai untuk menyimpan ubat-ubatan di dalam peti sejuk. Buka sahaja peti sejuk pasti akan jumpa ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk.
Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil pasti akan menyimpan ubat batuk atau ubat demam anak yang telah digunakan dalam peti sejuk. Penyimpan ubat dalam peti sejuk di anggap untuk membuatkan ubat itu tahan lebih lama.
Tahukah kita kesan tindakan menyimpan ubat di dalam peti sejuk. Adakah tindakan itu dibuat atas nasihat doktor. Apakah kebaikan dan keburukan yang akan berlaku?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
Untuk pengetahuan seeloknya ubat demam yang sudah dibuka tidak boleh disimpan lebih dari 2 bulan. Suhu sejuk peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan menyebabkan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Jangan salahkan ubat jika berikan ubat demam pada anak tetapi demam anak masih tidak sembuh. Ibu bapa perlu lebih prihatin dengan kesihatan anak dengan membeli ubat demam baru dan tidak mengamalkan istilah menyimpan lebihan ubat demam kerana rasa rugi mahu membuangnya. MissA/UtaraNews.com