Lima Kanak-Kanak Lelaki Cuba Merompak Kedai Dobi

Perak – Tindakan lima orang kanak-kanak lelaki melakukan kegiatan merompak sebuah kedai dobi di sini telah berjaya di rakam oleh kamera litar tertutup.
Tidak menyedari diri mereka telah dirakam kamera litar tertutup, kanak-kanak ini telah cuba memecahkan mesin tukar wang token dengan menendang mesin itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Azhar Fazin pemilik kedai dobi itu telah memuatnaik beberapa gambar kanak-kanak itu di media sosial.
“Buat kerja 6.02 pagi cuba pecah kedai Dobi,” katanya.
Lima Kanak-Kanak Lelaki Cuba Merompak Kedai Dobi
Salah seorang daripada lima suspek dilihat cuba untuk menendang untuk merosakkan mesin pertukaran wang bagi mendapatkan wang di dalamnya. Namun cubaan itu gagal apabila mesin pertukaran wang itu gagal untuk dirosakkan.
Malah, kenalah Azhar iaitu Aliah Lya menegaskan pihaknya mahu ibu bapa kelima-lima suspek ini untuk datang berjumpa dengan pihaknya dan memohon maaf.
Jika ibu bapa suspek gagal untuk berbuat begitu, pihaknya dikatakan akan mengambil tindakan tegas dengan viralkan di media sosial dan gambar suspek akan ditampal di semua kedai dobi.
Sementara itu, netizen menasihati ibu bapa untuk memerhatikan anak-anak dengan siapa mereka berkawan dan apa yang mereka lakukan di luar untuk mengelakkan perbuatan seperti ini semakin berleluasa. –MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...