Melakukan kebaikan bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bangga diri. Setiap kali melakukan kebaikan harus ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk. Siapalah kita mahu menilai setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu dan setiap manusia tidak sepatutnya cepat menjatuhkan hukum pada seseorang.
Seorang lelaki semasa belajar di Cardiff menceritakan pengalaman berharga yang telah dipelajari sepanjang tinggal di komuniti Bangladesh. Lelaki ini telah belajar banyak perkara untuk tidak bangga diri dan terlalu menjatuhkan hukum pada seseorang.
Pada mulanya lelaki ini berasa dirinya adalah lebih bagus berbanding warga Bangladesh yang lain kerada dia dari Malaysia. Setiap perkara baik yang dilakukan olehnya dilihat dirinya lebih baik.
Di masjid komuniti Bangladesh itu ada seorang pakcik yang solat sunat lepas isya, tetapi solat sambil duduk. Disebabkan lelaki ini solat sambil berdiri, lelaki itu merasakan dirinya adalah lebih baik.
Ada seorang pakcik ini pula apabila keluar dari masjid, jarang untuk membantu tahankan pintu (hold the door) untuk jemaah di belakang. Lelaki ini merasakan dirinya lebih baik dari pakcik itu kerana sikap tolak ansur dan membantu jemaah lain untuk tahan pintu.
Malah, di kelas pengajian agama yang kebanyakkan dihadiri pelajar Malaysia, ada seorang brother Chinese dari Hong Kong yang baru menyertai kelas itu. Disebabkan lelaki ini merasakan sudah lama menyertai kuliah itu lelaki itu merasakan dirinya adalah lebih alim dari brother Chinese itu.
Namun begitu, banyak perkara yang lelaki itu tidak ketahui. Brother dari Hong Kong itu sebenarnya baru selesai pengajian Islam di Timur Tengah. Brother itu lebih faqih dan merendah diri. Semasa kuliah juga tok guru yang mengajar selalu bertanya pendapat beliau tentang sesuatu hukum.
Pakcik yang tidak pernah menahan pintu untuk jemaah belakang rupa-rupanya seorang yang cacat penglihatan. Lelaki itu baru menyedari perkara itu selepas beberapa bulan.
Masjid Bangladesh ini juga dahulunya bangunan gereja tetapi telah dibeli oleh warga Bangladesh menggunakan wang hasil sumbangan warga Bangladesh di situ.
Oleh itu, banyak perkara yang lelaki ini telah belajar dengan warga Bangladesh. Jangan terlalu memandang rendah pada orang lain dan merasa diri terlalu sempurna. Setiap manusia walaupun tinggi mana pendidikan dan alim perlulah mengamalkan sikap merendah diri. –MissA/UtaraNews.com