23/01/2017 – Kuala Lumpur – Lagu ciptaan Iman Imran dan Natasyah berjudul Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan DUnia Putra (PWTC) di sini pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.
Dayang juga turut menepati ramalan apabila tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Lelaki Teragung. Perkara ini juga telah menjadi Dayang tiga kali menjadi pemenang untuk Vokal Terbaik untuk AJL sebelum ini.
Disebabkan itu, netizen mula merasakan Dayang perlu mengikut jejak langkah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Siti Nurhaliza untuk menarik diri dari AJL dan memberi peluang pada bakat-bakat baru.
“Harap tahun depan Dayang bagi laluan untuk artis lain pulak yang menang. Memang dia layak jadi juara tapi sekali sekala bgi artis lain pulak. Dayang tak payah bertanding lagi, kalau dia bertanding lagi pasti akan menang lagi. Sekadar pendapat,” kata pengguna sosial.
Terdahulu, Siti telah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari Anugerah Juara Lagu (AJL18) dan Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) kerana ingin memberi peluang kepada artis lain pula.
“Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini. Saya dah lalui acara ini dalam masa yang panjang dan saya sudah lalui susah payah bertungkus lumus berkempen untuk diri sendiri. Kini tiba masanya bagi peluang kepada artis lain pula,” kata Siti sebelum ini. – MissA/UtaraNews.com