23/01/2017 – Kuala Lumpur – Pengawal Keselamatan Wanita KLIA didakwa dirasuk Pontianak telah tular di media sosial. Dua klip video pengawal keselamatan menunjukkan seorang wanita dikatakan telah dirasuk oleh Pontianak secara tiba-tiba telah menjadi perhatian netizen.
Menurut laporan, kejadian pengawal keselamatan wanita itu dirasuk Pontianak berlaku di Parking Zone C KLIA.
Kejadian itu bermula di kawasan parking, wanita tersebut kemudiannya diangkat oleh rakan-rakannya ke kawasan tangga untuk mengelakkan dari dilihat oleh orang ramai.
Video ini telah membuatkan ramai pengguna sosial meremang bulu roma. Tidak tamat di situ sahaja ada pihak mendakwa rasukkan pontianak ini juga telah berlaku pada seorang pramugari MAS pula.
Menurusi video yang berdurasi 1:08 minit itu menunjukkan dua orang wanita telah cuba untuk ditenangkan oleh pekerja MAS yang lain. Dua wanita itu masing-masing telah dipegang oleh beberapa orang lelaki untuk cuba mengelakkan wanita ini melakukan perkara yang tidak diingini.
Malah, dalam video itu juga telah dipasangkan ayat suci Al-Quran sepanjang berlaku adegan kerasukan itu. Sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan wanita-wanita yang telah dikatakan dirasukan pontianak itu.
Sementara itu, ada spekulasi mengatakan ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin akan menangkap Pontianak yang berada di KLIA. ‘Raja bomoh’ itu memang cukup terkenal sebagai ‘pakar’ menyelesaikan perkara-perkara pelik. – MissA/UtaraNews.com