Isteri disangka kena sihir, rupa-rupanya…

Seringkali masalah rumahtangga yang berlaku dalam masyarakat dikatakan terjadi kerana rumahtangga yang dibina itu telah terkena sihir. Ada pihak luar yang tidak senang hati melihat kebahagian pasangan suami isteri dan menghantar sihir pemisah pada pasangan.
Tanda-tanda rumahtangga telah terkena sihir apabila suami isteri seperti tidak boleh bersua muka. Pasti isteri atau suami akan mula marah-marah tanpa sebab.
Menerusi perkongsian seorang lelaki di laman facebooknya, lelaki dikenali sebagai Wan Asrul Al-Kalantani berkongsi pengalaman bertemu pasangan suami isteri yang meminta untuk merawat penyakit sihir yang cuba merosakan rumahtangga mereka.
Isteri disangka kena sihir,  rupa-rupanya…
Apabila disiasat lebih lanjut tentang sihir yang didakwakan oleh suami. Lelaki itu mendapat masalah rumahtangga yang terjadi pada pasangan ini bukan berpunca dari sihir.
Tetapi, berpunca dari suami itu sendiri. Suami setiap kali balik rumah kerap bergaduh dengan isteri. Namun begitu, sikap panas baran isteri dan isteri selalu marahkan suami kerana isteri penat uruskan rumahtangga seorang diri.
Suami menjadi alasan sibuk punca tidak dapat menguruskan rumahtangga dan menyerahkan hal rumahtangga dan menjaga anak-anak yang masih lagi kecil pada isteri.
Sabar Encik S. Macam nielah. Saya yakin dan berani jamin, ini bukan kes sihir. Amat-amat pasti.
Encik S : Betul ke nie ustaz? Takkan kot. (Menampakkan wajah ragu-ragunya)
Sang faqir : Betul. Begini, boleh saya tahu Encik S dan Puan N ada berapa orang anak?
Encik S : Ada 5 orang, ustaz.
Sang faqir : Ok, rata-rata umur berapa? Siapa yang jaga dan uruskan?
Encik S menguit Puan N tanda arah supaya menjawab.
Puan N : Saya, ustaz. Yang sulung umur 12 tahun, yang bongsu 4 tahun.
Sang faqir : Ok. Encik S, selalunya balik rumah pukul berapa?
Encik S : Saya balik rumah tak tentu ustaz. Kadang-kadang tengah malam, takpun lewat malam. Tengoklah kalau bas semua ok, awallah sikit saya balik.
Lebih mengejutkan lagi, suami telah pasang niat untuk berkahwin lagi satu. Sudahlah tidak mampu menguruskan rumahtangga bersama isteri dengan baik tetapi suami masih lagi berniat untuk pasang lagi satu.
Wan Asrul juga menasihatkan pasangan suami isteri untuk selidik dahulu hal rumahtangga sebelum menyifatkan segala masalah rumahtangga yang berlaku adalah disebabkan sihir atau jin. –MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...