Cikgu Bukan Orang Gaji, Ibu Bapa Jangan ‘Diva’

Cikgu bukan orang gaji, cikgu pun nak ada masa dengan suami dan anak-anak,” tulis Sharul Fazlina yang telah menjadi tular di media sosial.
Di zaman serba moden ini, kecanggihan teknologi membolehkan ibu bapa dan guru berhubung secara maya mengenai perkembangan anak-anak mereka di sekolah.
WhatsApp group telah ditubuhkan oleh ibu bapa dan guru untuk memudahkan ibu bapa dan guru memberi dan mendapat maklumat mengenai pembelajaran di sekolah.
Cikgu Bukan Orang Gaji, Ibu Bapa Jangan ‘Diva’
Walaupun begitu, ada sesetengah sikap ibu bapa di WhatsApp Group dilihat mengarahkan guruseperti guru ‘orang gaji’pada anak-anak mereka. Lebih mengecewakan ibu bapa menanyakan soalan remeh-remeh pada guru.
“Soalan pelik-pelik bagi kat cikgu. Semua cakgu mata pelajaran nak di suruh masuk dalam grup wassup untuk update homework apa yang ada hari tu, katanya itu tugas cikgu..
“Suruh ingatkan anak minum air masak banyak-banyak katanya tugas guru. Tupperware hilang pun suruh cikgu cari. Kopiah tertukar pun suruh cikgu cari. Semua itu tugas cikgu, banyak betul tugas cikgu, tak kira ‘ot’ pulak tu.
“Tugas parent ape ye? Jangan jadi diva. Ceklah buku anak satu-satu ade homework ke tak ada. Kalau tanya dia memang tak ada memanjang pun nak salahkan cikgu ke? Tulisan anak tak boleh baca pun nak salahkan cikgu ke?,” ujarnya.
Platform yang telah disediakan perlu digunakan dengan cara yang betul, jangan menambahkan lagi kerja guru-guru di sekolah dengan soalan-soalan yang tidak logik dan mengarah guru seperti ‘orang gaji’ nasihat wanita itu pada ibu bapa. -MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...