MAHKOTA Ratu Vendimia dimenangi oleh gadis berusia 24 tahun, Estefania Correa yang memiliki berat badan 120 kilogram.
Kemenangan Correa sekali gus memecahkan stereotaip ‘Barbie Queen’ dan diskriminasi terhadap wanita berbadan besar.
Corrrea mendapat jolokan ‘ratu antidiskriminasi’ setelah berjaya menewaskan lawannya menerusi ucapan yang disampaikan.
“Saya mahu memecahkan diskriminasi, bahawa Vendimia bukan satu pertandingan kecantikan tetapi lebih daripada itu, bahawa saya seorang wanita yang akan mewakili semua rakyat wilayah Mendoza dalam sektor wain,” katanya.
Tambahnya lagi, gelaran Ratu Vendimia memang diimpinya walaupun telah bergelar model bersaiz besar selama tiga tahun.
Pertandingan ratu cantik itu adalah sebahagian festival menghasilkan wain yang diadakan di wilayah Mendoza, Argentina.
Menurut penyelaras pertandingan Carolina Cocuzza berkata, tahun ini merupakan kali pertama peserta perlu bercakap mengenai topik yang dipilih mereka sendiri.
“Pemenang adalah wanita sebenar yang mampu mewakili rakyat di Mendoza secara umum,” ujarnya dipetik MailOnline.
Tambah Cocuzza lagi, kemenangan Correa telah memberikan impak yang besar dan reaksi spontan daripada masyarakat setempat. -MYNEWSHUB.CC