DRAMA biasa…apa lagi nak kata kecuali terus dan terus dakwa mahkamah tak betul.
Itulah antara reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau gagal guna saluran terakhir perundangan untuk bebaskan diri dari bersalah dalam kes meliwat bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan.
Dalam suasana yang muram dimana cuma sekitar 100 saja penyokongnya berkumpul di luar kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya menanti keputusan…Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk semak keputusan bersalah.
Ini bermakna bekas Ketua Pembangkang itu perlu terus ‘ berehat’ dalam penjara menghabiskan baki hukuman selama lima tahun atas kesalahan yang keji itu.
Macam selalu komennya keputusan Mahkamah Persekutuan itu sudah dijangka.Katanya beliau nak bincang dengan peguamnya mengenai langkah seterusnya untuk bebas diri.
Difahamkan langkah terakhir yang ada ialah memohon pengampunan dari Yang Dipertuan Agong.
Keputusan menolak permohonan Anwar dibuat oleh penal lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Empat yang lain ialah Ketua Hakim Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Mereka sebulat suara memutuskan permohonan Anwar untuk semak keputusannya bersalah meliwat Saiful tiada merit.
Keputusan yang diumumkan oleh penal hakim itu adalah hasil dari perbicaraan keatas permohonan itu pada 12 Oktober lalu.
Selepas perbicaraan sehari pada hari itu mahkamah menangguhkan penghakiman ke satu hari kelak ( yakni yang diumumkan hari ini).
Pada hari itu penal lima hakim itu mendengar hujah daripada peguam Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Datuk Ahmad Kamal Md Shahid yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Anwar, 69, sedang menjalani hukuman lima tahun penjara di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan, pada 10 Feb 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.
Setakat ini beliau sudah duduk dalam penjara selama setahun 10 bulan.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Sementara itu pada 5 Disember lalu , Anwar gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful selepas Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan dan semakan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf. – Agenda Daily