SEORANG kanak-kanak 9 tahun ditemui mati tersangkut pada batang paip polivinil klorida (PVC) oleh penduduk kampung Desa Didingga Kecamatan Biau Gorontalo Utara, Indonesia.
Foto mangsa yang dikenali sebagai Riky Dehu dikongsi oleh pengguna laman Facebook Arsil Rahim pada 11 Disember lalu.
Menurut sebuah laman tempatan negara itu, Riky difahamkan bermain di sebuah saliran air milik syarikat Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) yang belum dirasmikan sekitar 3 petang pada 10 Disember sebelum ditemui meninggal.
Tambah laman itu, mangsa yang menyangka saliran itu dalam bertindak terjun ke dalamnya sebelum ditolak arus deras ke dalam batang paip tersebut yang menyebabkan mangsa terperangkap kelemasan.
Menerusi foto yang tersebar, sebahagian badan Riky dari kepala hingga paras paha terperangkap di dalam paip PVC tersebut.
Beberapa penduduk kampung bertungkus lumus mengeluarkan mayat mangsa dengan membelah batang paip tersebut mengunakan alatan pemotong PVC.
Jelas laman tempatan lagi, ketika berita kematian Riky tersebar, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.- MYNEWSHUB.CC