Menerusi laporan sebuah portal akhbar tempatan, pelakon berusia 33 tahun ini mendedahkan punca yang mungkin menyebabkan berlakunya keguguran itu adalah daripada gangguan mistik.
Meskipun berat untuk dikongsi namun itulah realiti yang dihadapi oleh Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz.
“Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap alami keguguran,” kata Jue kepada media.
Selain menyebabkan keguguran, akibat perbuatan khurafat itu, Jue juga mendakwa aktiviti seni turut terjejas.
“Saya tidak menafikan sejak beberapa tahun lalu, kerjaya seni saya agak hambar berbanding semasa awal kemunculan dalam lapangan seni.
“Ia berikutan saya ingin memberi tumpuan kepada urusan keluarga sebelum kembali aktif dalam bidang lakonan,” jelasnya.
Walaupun berdepan cabaran getir, Jue dan suami tetap berusaha dan tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat dari darah daging mereka sendiri. - KO