Namun, tersebar pula gosip yang mengatakan mahligai perkahwinan keduanya itu sedang berantakan dan tunggu masa sahaja untuk berpisah.
Menurut Berita Harian, rumah tangganya bersama isteri kedua, Norshahida sedang berdepan dengan masalah namun belum ada kepastian tentang sebab dan puncanya.
Apa yang lagi mengejutkan, isteri keduanya itu dikatakan mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu namun pihaknya telah bertindak merahsiakan perkara tersebut walaupun ianya sudah berlaku beberapa bulan yang lalu.
Pelakon kacak itu bertindak untuk berdiam diri dari memberi sebarang komen tentang kontroversi dirinya.
Ada juga sumber yang mengatakan keretakan rumah tangga mereka berpunca dari keguguran yang menimpa isterinya itu.
Diharap Adi Putra dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya. Dalam masa yang sama, didoakan semoga kedua-duanya tabah dalam menghadapi ujian Tuhan.. - CF