TIADA yang mustahil. Itu yang berlaku terhadap seorang wanita dari Brisbane, Australia apabila dia disahkan mengandung walaupun sebelum ini doktor mengesahkan dia tidak mampu hamil.
BBC melaporkan, tahun lalu Kate Hill pernah menjalani rawatan hormon untuk mengatasi sindrom ovari polisistik yang berkaitan dengan masalah kesuburan.
Wanita tersebut menyangka bakal menimang seorang cahaya mata bersama-sama suami, Peter Hill namun selepas 10 hari kelahiran anak pertama, dia disahkan mengandung lagi.
Bayi perempuan yang masing-masing diberi nama Charlotte dan Olivia itu hanya berbeza usia 10 hari dan kini sudah berumur 10 bulan serta mempunyai saiz dan berat yang berbeza.
“Kami sendiri tidak percaya dengan keadaan ini sehinggalah mereka berdua dilahirkan,” katanya.
Kes ini jarang sekali berlaku dan dilaporkan 10 kes dicatatkan seluruh dunia yang dikenali sebagai superfetation. – MYNEWSHUB.CC