gaun marilyn monroe dilelong rm21 juta

Los Angeles: Gaun milik mendiang aktres Marilyn Monroe yang pernah dipakai ketika sambutan hari lahir Presiden John F Kennedy yang ke-45 dilelong mencecah AS$4.8 juta (RM21 juta) semalam.

Hasil lelongan gaun berwarna kulit yang dihiasi 2,500 kristal jahitan tangan pada mulanya dijangka mencecah antara AS$2 juta (RM8.8 juta) hingga AS$3 juta (RM13.2 juta), kata Julien's Auction di Beverly Hills.

Ia kini menjadi milik Ripley Believe It or Not!, sebuah empayar media Amerika yang pakar dalam perkara pelik dan sejarah yang memiliki rangkaian muzium, termasuk di Hollywood.

Gaun yang dipakai Monroe itu terlalu ketat hinggakan pelakon legenda itu tidak memakai pakaian dalam dan terpaksa dijahit di saat-saat akhir sebelum melangkah ke pentas di Madison Square Garden pada 1962 untuk menyanyi lagu bersejarah Happy Birthday Mr President buat JFK, menurut rumah lelongan itu.

gaun marilyn monroe dilelong rm21 juta


Monroe meninggal dunia akibat dos berlebihan kurang tiga bulan selepas persembahan itu, manakala Kennedy dibunuh setahun selepas itu.

Barangan peribadi lain milik Monroe yang turut dilelong termasuk gaun koktel "Some Like It Hot" yang dijual dengan harga AS$450,000, (RM1.9 juta) dan gaun "Rose Tattoo" dengan harga AS$125,000 (RM551,000). - AFP
Previous
Next Post »
loading...