JPAM Patut Ditutup Kerana Memalukan Agensi

Perkara bodoh dan gila apa yang cuba ditunjukkan dalam video yang tengah viral ini? Nak memupuk jati diri pun agak-agak la sampai nak buat macam tu.. Jangan sampai Miss A sumbat geng-geng yang buat kat budak-budak tu dalam kotak penuh dengan ular lepas tu Miss A tanam dalam tanah, nak rasa?
Sebuah video sekumpulan pelajar perempuan sedang mengikuti kem bina jati diri telah menjadi viral.. Pelajar-pelajar perempuan tersebut dipaksa untuk terjun ke dalam kolam yang penuh dengan ular.. Kononnya untuk membentuk jati diri mereka..
JPAM Patut Ditutup Kerana Memalukan Agensi

Apa yang Miss A nampak dalam video tersebut, kem jati diri itu telah dikelolakan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).. Miss A tak tahu apa yang ada dalam kepala otak anggota APM ni.. Ular kot, walaupun tak berbisa tapi kalau kena gigit.. Mahu budak-budak tu demam..
Apa dorang ingat budak-budak tu askar ke sampai nak buat latihan jati diri sampai macam tu?? Macam Miss A cakap la, walaupun ular tu tak berbisa tapi ia tetap mendatangkan bahaya kepada budak-budak tu..
Kadang-kadang Miss A terfikir jugak, kakitangan APM ni diwujudkan kerana apa ek?? Apa tak cukup ke dengan adanya badan uniform Polis, Askar, JPJ, Imigresen dan Kastam?? Sepatutnya pihak kerajaan tutup je APM ni.. Dengan viralnya video ni, bukan pihak APM je yang malu dan kena keji.. Malah pihak kerajaan pun turut terkena tempias..
Sampai budak-budak ni menangis macam nak gila, boleh pulak ko pancutkan air tu supaya ular tu datang kepada dorang.. Apa ko nak sangat ke budak-budak tu kena patuk dengan ular jilake??
Apa kau tak fikir ke, Miss A tengok masa budak-budak tu berebut nak keluar dari kolam.. Ada sorang budak tu sampai kena tindih.. Tu kalau budak tu cedera atau lemas macam mana?? Senang cita, ko bayangkan yang dalam kolam tu anak-anak korang.. Sanggup ke korang nak buat macam tu??
Miss A rasa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ni patut ditutup je.. Ada pun buat menyemak.. Kalau tak ada, tak rugi pun.. – MissA/UtaraNews
Previous
Next Post »
loading...