Dato Seri Vida Buat Hal Lagi Di Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Pertama!

Baru-baru ni pengasas produk kecantik Qu Puteh, Dato Seri Vida dah dilanda kontroversi hebat gara-gara tak bayar GST.. Kali ni DSV buat perangai pulak masa konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-3 berlangsung..
Miss rasa sesiapa yang tengok siaran langsung program tersebut, mesti tahu apa hal yang DSV dah buat.. Boleh pulak DSV dok berebut mikrofon dengan krew produksi rancangan tersebut.. Punya gila nak promosi barang dia sampai dok berebut bagai.. Rancangan ‘live’ kot.. Jaga la perangai tu sikit DSV..
Dato Seri Vida Buat Hal Lagi Di Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Pertama!

Tahu la DSV ni salah seorang penaja untuk program tersebut.. Tapi DSV kena tahu jugak, program tu bukan DSV sorang je yang taja.. Banyak lagi penaja.. Tapi dorang tak ada lah ‘over’ macam DSV..
Padahal iklan DSV semasa program tu berlangsung dah banyak kot.. Apa lagi yang dia nak.. Lepas insiden memalukan tu, DSV ada ‘sound’ pihak Astro yang dia dah bosan dengan mereka kerana tidak memberikan mikrofon untuk dia mempromosikan produk beliau di kaca tv..
Bagi DSV, dia ada ‘hak’ untuk bercakap kerana sudah membuat pelaburan besar untuk menaja program realiti tersebut.. Tak paham la Miss.. Penaja lain pun ada taja jugak tapi tak ada la banyak songeh macam dia ni.. DSV kena la paham, kalau sebelum-sebelum ni tak apa la sebab DSV je yang ‘sponsor.. Tapi untuk musim ni banyak lagi ‘sponsor’ yang lain..
Kalau nak bagi mikrofon untuk DSV je cakap, macam mana pulak dengan penaja lain?? Aduh, tak kan yang tu pun DSV tak leh fikir?? Ke DSV ni saja je nak buat kontroversi murahan..
Pesan Miss kepada DSV, tak payah la nak bajet sangat macam dia sorang je yang taja program tersebut.. Makin menyampah pulak Miss dengan perangai gedik DSV ni.. – MissHana/Utaranews


Previous
Next Post »
loading...