Untung dapat kerja 8 jam sehari… Ada orang tu kena kerja sampai 12 jam sehari tapi gaji, alahai lagi rendah dari yang kena kerja 8 jam tu… Jadi apa perkataan yang sesuai untuk gambarkan orang-orang yang menyokong cadangan kerja 8 jam dikurangkan kepada 6 jam tu??
Perkataan yang paling sesuai adalah MALAS!! Orang yang malas je yang sokong cadangan tu… Kerja 8 jam pun belum tentu dorang gunakan 8 jam tu untuk kerja betul-betul. Sebab ada yang kerjanya cuma 6 jam sahaja… Selebihnya lepak minum kopi pagi-pagi, kemudian keluar ambil anak dari sekolah dan sebagainya.
Sebab tu la Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tak sokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada 6 jam sehari… Alamatnya kalau kerja 6 jam sehari, maknanya 4 jam jela korang kerja… Wahh, wahh, wahh, mudahnya korang buat duit!
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, orang yang bersetuju dengan cadangan tersebut hanyalah orang-orang yang malas bekerja…. Datang kerja tak sempat panas punggung, dah boleh balik… Senang kan?!
“Tiada siapa yang bekerja 8 jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, Cuepacs membantah idea tersebut,” katanya.
Entah apa yang difikirkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sehingga terlintas untuk memberi cadangan tersebut. Ala senang je… Kalau dorang nak sangat kerja 6 jam… Ertinya gaji dorang akan dikurangkan sebab gaji dibayar mengikut jam… Haaa lepas ni jangan complain yang duit tak cukup nak sara kos hidup yang makin tinggi… Siapa suruh korang malas!
“Kami berharap kerajaan akan mengkaji dengan teliti perkara itu dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan,” katanya.
Kerja malas tapi gaji nak banyak pulak… Baik tak payah kerja terus! Setakat nak kerja 6 jam sahaja huhhh! Datang kerja goyang kaki, buat kerja sikit-sikit lepas tu balik… Senangnya! Kualiti kerja korang pun ke laut la jawabnya. – TiraGomez/UtaraNews