Alahaiii… Parti keadilan Rakyat (PKR) ni, tiba-tiba nak jadi penyelamat negara la pulak! Bukan ka selama ini dorang yang cuba nak menghuru-harakan negara dengan menyebarkan fitnah dan membohongi rakyat?? Tapi sekarang mengaku nak selamatkan negara pulak.. Hahaha… Aneh betoii!
Ahli Parlimen PKR Nurul Izzah Anwar cuba nak jadi heroin kat Malaysia ni, apabila dia kononnya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar ‘bersuara’ demi menyelamatkan masa depan negara dari diambang ‘kemusnahan’.
Kemusnahan apa yang Nurul Izzah maksudkan ni?? Bukankah selama ini pembangkang yang kerap cetuskan pergolakan?? Kenapa nak babitkan kerajaan pula… Lagi satu, Ahli Parlimen Lembah Pantai ni tuntut agar masyarakat berani bersuara dan pastikan suara mereka didengari.
Aikkkk… Bukankah selama ini kerajaan begitu prihatin terhadap nasib rakyat?? Sentiasa mendengar dan beri perhatian kepada keluhan serta nasib bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siap wujudkan satu laman bagi rakyat mencurahkan cadangan mereka terhadap Bajet 2017 lagi tau! Tak prihatin lagi ke macam tu?
“Rakyat harus tolak proses persempadanan semula oleh SPR sehingga satu suruhanjaya sempadan berasingan dan bebas ditubuhkan selaras dengan cadangan PSC mengenai Reformasi Pilihan Raya.
“Selain itu, dapatkan maklumat penempatan mengundi anda dengan segera, serta failkan aduan sekiranya dipindahkan tanpa sebab,” kata Nurul Izzah.
Ohhh… Sebenarnya PKR ni cuak dengan proses persempadanan semula oleh SPR… Kononnya takut rakyat kena tipu! Alaaaa, alasan je semua tu… Pilihan raya akan dilakukan dengan adil, jadi apa yang korang nak takutkan?
Bukan tu je… PKR turut tergamak menggelarkan SPR sebagai pengkhianat negara hanya kerana melakukan perkara tersebut… Paksa pula rakyat agar bersetuju dengan petisyen mereka kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk ‘membetulkan’ tindakan SPR.
“Tiada siapa harus bertolak ansur dengan penipuan pilihan raya yang sistematik, dan tiada kompromi akan diberikan kepada mereka yang terlibat,” katanya lagi.
Nak menipu pun agak-agak lah… Sudah-sudah la tu mempergunakan rakyat demi kepentingan korang! Kesian rakyat asyik kena kencing dengan pembangkang je! Nak berlagak selamatkan negara konon, padahal pembangkang yang kerap fitnah sana sini. – TiraGomez/UtaraNews