rempuh suria - Kereta rempuh 11 motosikal

Putrajaya: Kereta hilang kawalan lalu merempuh 11 motosikal diletakkan di tepi jalan di Jambatan Sri Gemilang, Presint 4 Putrajaya, 1.30 pagi tadi.
Kejadian itu turut menyebabkan lima mangsa lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang berada di tempat kejadian cedera.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku disebabkan pemandu lelaki Proton Perdana berusia 27 tahun hilang kawalan serta melanggar Honda Civic.

rempuh suria - Kereta rempuh 11 motosikal

"Akibatnya, Proton Perdana berkenaan terbabas serta merempuh 11 motosikal yang diletakkan di tepi jalan di jambatan berkenaan.
“Ketika rempuhan berlaku, ada beberapa orang di atas motosikal berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemandu Proton Perdana ditahan serta diberi jaminan manakala, hasil ujian air kencing adalah negatif.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, mangsa cedera menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Previous
Next Post »
loading...