menjelang ajal - Ajal cuba tahan kereta mengundur

Kuala Lumpur: Wanita maut terperosok di bawah kereta selepas dipercayai cuba menahan kenderaan diletakkannya yang mengundur secara tiba-tiba di Jalan 28, Kampung Baru Salak South di sini, 9.45 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan awam yang memaklumkan kejadian itu pada 9.48 pagi.
Katanya, enam pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dikerahkan ke lokasi.

menjelang ajal - Ajal cuba tahan kereta mengundur

"Apabila tiba di lokasi didapati mangsa terperosok di bawah kereta yang diletak di kawasan perumahan berbukit.
"Difahamkan ketika kejadian mangsa yang juga pemilik kenderaan berkenaan cuba menahan keretanya yang mengundur menuruni bukit tetapi tidak berjaya.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut berada di lokasi dan mayatnya dibawa keluar oleh anggota bomba pada 10.18 pagi," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan kejadian turut dimaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Previous
Next Post »
loading...