maruah diri - Kenapa murahnya maruah gadis melayu?

Astaghfirullah al azim! Menakutkan jer melihat pergaulan sosial budak-budak sekarang ni yer, terlampau melebihi batas.. Lelaki dan perempuan sudah tak ada batas, mengikut kepala dorang jer nak melakukan apa saja dorang suka tanpa pedulikan halal dan haram lagi!

Korang lihat jer lah perbualan mesej diantara sepasang kekasih di atas tu, meremang bulu roma Miss baca.. Bukan takat mesej lucah jer memenuhi ruang mesej dorang, tapi dipenuhi jugak dengan gambar-gambar mengaibkan yang dihantar si perempuan kepada si lelaki..

Sanggup yer si perempuan menjatuhkan maruah demi jantan tak guna macam tu?? Miss tengok pun mengucap panjang lah, ‘murah’ betul minah tu ‘belanja’ boyfriend dia! Apa yang diminta si boyfriend, diikutkan jer.. Maruah yang perlu dijaga, ditolak ke tepi macam tu jer..


maruah diri - Kenapa murahnya maruah gadis melayu?


Ini kalau mak bapak dia melihat gambar tu semua, terkejut besar jadinya! Hancur lebur perasaan dorang melihat si anak dara sanggup melakukan perbuatan tak senonoh macam tu gara-gara cinta monyet.. Ikut sangat lah permintaan keji jantan tak guna macam tu, nanti diri sendiri jugak merana..

Jantan macam tu hanya mengheret korang menjadi santapan nafsu serakah dorang jer! Haishhh! Miss nak ingatkan mak bapak diluar sana tu, tolong lah beri perhatian lebih dan jaga pergaulan anak-anak.. Kalau korang leka kerana kesibukan kerja jer, jangan terkejut kalau anak-anak jauh dari korang dan menjadi liar..

Tapi kadang-kadang tu, setengah anak tu dah diberi perhatian dan kasih sayang pun ada jugak terjebak dengan kegiatan tak bermoral macam tu.. Itulah dasar anak yang tak tahu bersyukur dengan apa yang dia ada.. Seronok menjahanamkan diri dengan benda bodoh macam tu! MissHana/Utaranews.com
Previous
Next Post »
loading...