alternator rosak - Dua kereta rosak teruk ditimpa sampah yang dibuang dari atas Flat


Kurang ajarnya lah siapa yang membuang sampah sesuka hati tu weii! Miss tengok gambar jer pun dah rasa geram jugak, apatah lagi tuan punya kereta tu.. Mesti bengang gila punya lah! Mana tidak, disebabkan sampah yang dicampak oleh individu tak tak bertanggungjawab tu sampai merosakkan keretanya pulak..

Korang lihat jer lah gambar di atas tu, habis kemek bumbung kereta tu.. Melayang duit pulak nak memperbetulkannya, dah lah nak sambut raya tak lama lagi jer.. Terpaksa habiskan duit kerana individu tak bertanggungjawab macam tu!

 alternator rosak - Dua kereta rosak teruk ditimpa sampah yang dibuang dari atas Flat


Campak sampah dari tingkat atas bukanlah perkara luar biasa belaku dalam kalangan penduduk rumah flat lagi, betul tak?? Campak sampah sesuka hati macam tu memang sering berlaku bila ada antara penduduk yang pemalas dan kurang berakal!




Selamba badak dorang jer mencampak sampah dari tingkap tanpa pedulikan keselamatan atau kerosakkan harta benda orang lain! Kalau harta benda dorang yang rosak disebabkan perbuatan dorang sendiri, tak apa lah juga.. Ini tidak, menyusahkan orang lain pulak..

Begitu lah nasib seorang individu ni menjadi mangsa, habis keretanya dikotori teruk selepas dijadikan ‘tong sampah’ oleh individu tidak bertanggungjawab.. Bila ditanya, semua tak nak mengaku!

Dah lah sampah tu bukan sampah biasa atau ringan-ringan, menjijikkan tu ada lampin pakai buang yang dipenuhi tahi.. Betul-betul mencabar kesabaran seorang lah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni.. Haisshh!

Penduduk yang tak ada adab macam tu, Miss rasa perlu kembali ke sekolah dan belajar balik subjek pelajaran moral dan sivik bagi membentuk semula sifat-sifat seorang masyarakat bertamadun agaknya! - MissHana/Utaranews.com
loading...